Monday, June 20, 2022

Nak jadi CIA guna Biasiswa Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ...

Mesti ramai yang tak pernah dengar kan pasal badan organisasi ni... Yes! aku pun first time dengar, ni dapat tahu dari kawan aku yang senior dia tengah ikut program ni... then aku decided untuk find out sebab benda best kan, lagi lagii bab sponsorship ni.. hehee..

Rupanya....

Yayasan Peneraju ni adalah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) yang menawarkan biasiswa akademik bagi meningkatkan kemahiran golongan-golongan bumiputera kat malaysia ni. Now, this part very interesting sebab ada banyak program yang mereka taja ye dalam bidang professional, teknikal, skill, dan banyak lagii yanggg harga kursus mencecah ribu riban tauu bukan murah2 punya..

Contoh lah kan, kalau kau nak ambil sijil Safety & Health Officer (SHO), kan famous giler tu, bahagian akaun kau nak jadi ACCA, MICPA, nak jadi CIA, Shariah Advisor etc. Ya Allah kat sini lah dia, korang boleh try apply sini... Aku rasa sangat bersyukur dapat tau pasal program biasiswa ni.. kenapa lahh aku tak tau dari awal. tapi better late than never kann hehe.. 

Lepas godek godek kriteria yang diperlukan, aku decided untuk apply for 😊 CERTIFIED INTERNAL AUDITOR (CIA) di mana institusi pengajiannya adalah The Institute of Internal Auditor Malaysia (IIAM)


23 March 2022, aku apply untuk program ni. Once dah hantar, pihak Peneraju akan reply iaitu "Notification of Application Submission". maksudnya dia dah terima lah kan application kita tu. good!

31 March 2022, dapat reply dari mereka. Alhamdulillah terpilih untuk next stage dan mereka request dokumen untuk sahkan maklumat kita hantar sebelum ni. Semua dokumen yang diminta WAJIB disahkan dengan "salinan disahkan benar". 

Aku suka gila dengan management Peneraju ni, sebab everytime aku hantar apa apa akan ada notification dah diterima. takde lah tertanya tanya kan dah sampai ke belom. 👍

08 April 2022, email seterusnya dari Peneraju. 

Alhamdulillah... Yes, ada online assessment ya. Gigih lah aku baca everything pasal Internal Auditor. Satu website yang sangat membantu adalah website IIAM tu sendiri, cari lah info info kat dalam tu, banyak boleh baca. Aku masuk zoom lebih kurang 15 minit awal. Lama jugak nak tunggu approve sampai aku email pihak Peneraju sebab takut lambat masuk.. Bila dah masuk wow! ramai candidates rupanya, lebih kurang 120+ orang.... nervous nyaaaaaa...

Amazingly, sepanjang sesi santai santai je sebab mungkin ada sesi briefing, ice breaking.. kat situ lah kau tengok MashaAllah candidates nya kemain power semua ye, dari company besar... Terasa begitu kecil diriku. 

and the online assessment. it went well..

27 April 2022, yang ditunggu tungu telah pun tiba. Alhamdulillah aku dapat untuk ke stage seterusnya iaitu online interview... 

Semasa sesi interview dihadiri oleh dua orang (wakil Peneraju dan Certified Internal Auditor), mostly soalan yang ditanya mengenai diri dan family, kerja apa sekarang? kenapa apply untuk jadi Internal Auditor? passing marks untuk CIA? kenapa pilih awak? dan banyak lagi aku tak dapat nak recall... Sesi interview yang santai dan bersahaja.. tup tupp eh dah 40 minit..

A few weeks later.................................

Tetiba aku dilanda kerisauan.. baru teringat pernah attend interview Yayasan Peneraju.. hahaa.. dah lebih tempoh sebulan ni dari tarikh interview ni.. awal tu aku dah tanya semasa interview, expected bila result interview akan keluar? dan katanya bulan Jun...tapi sampai sekarang masih takda khabar berita lagi.. 
Maka, aku mengambil langkah proaktif seterusnya..

13 Jun 2022 aku email pihak Peneraju untuk follow-up.... dan sampai sekarang masih menanti feedback... kita tunggu jawapan nyaaa... 
It's okay sabar itu separuh daripada iman. #thinkpositive 💪

Panjang pulak entry kalini kan... Nanti aku update kalau dah dapat result interview okay.. Doakan aku!

Thanks for reading my blog. xoxo 💗


Friday, January 15, 2021

#RSHome: Kabinet Dapur dari Intech Kitchen

Assalamualaikum.. 

Lama nya kan tak update blog. Since March 2020 sampai lah sekarang aku rasa banyak sangat benda jadi dalam tahun 2020 kan.. Yes. dengan covid-19, mco, cmco, emco, dan tukar kerja then busy untuk audit dan recently busy dengan PTD.. 

Tetiba terdetik nak buka blog yang dah lama bersarang ni. Tak sangka juga sebenarnya ada juga yang view blog aku. sebab lama tak jenguk kan, jadi ada soalan-soalan dah lama terkubur. maaf kan patik 🙏 

Kalau ada yang tengok entri aku pasal Persediaan Nak Masuk Rumah Baru.. memang aku ada mentioned pasal kitchen cabinet yang kami buat dengan Intech Kitchen. 

Tadaaaa dah siap!!! 

Simple je dan praktikal. Kitchen Cabinet bertema minimalis black and white yang berharga RM 14,466.00 😇

Boleh rujuk quotation dekat bawah ni. I know mesti dah ada yang curious pasal harga ni. So aku tepek sini untuk tatapan semua. Boleh buat rujukan in future kan..  
 

Material untuk bahagian atas (colour putih) iaitu 4G Glass manakala material untuk bahagian atas bawah pula (colour hitam) melamine, but melamine yang ada tekstur. 
Kesimpulan nya aku dan husband suka sangat! tak berat mata memandang. 

Dan mohon abaikan ruang untuk microwave di bahagian tall cabinet.. Belum sampai seru lagi sebab rasa macam kurang perlu dan belum cukup fulus nak beli built in microwave yang mahal nyaaaaaaa ya ampun 😄.. Exhaust fan sebelah tall cabinet hmmmm memang tak dapat nak buat apa dah kan. Beam dapur rendah sangat. Maka di situ lah ia. 

Okay dekat bawah ni aku nak kongsi kan few gambar yang aku ambil semasa installation process. 





Amacam?? Okay lah kan..
So far after few months guna, Aku rasa sangat okay dan mencukupi untuk keluarga kecil kami walaupun tak cukup besar.. yang berangan nya kalau dapat dapur macam kak Yatie sendayu tinggi. haha 😍
Tapi yang ni pun syukur Alhamdulillah...

Okay lah sampai sini saja entri kali ni.. Sampai jumpa lagi! 
Stay safe and stay healthy everyone. Together we can stamp the spread of covid-19. 👋

Tuesday, May 12, 2020

#RSHome : Pasang Tinted Rumah

Assalamualaikum semua.....

Exciting news! 
Alhamdulillah 10 Januari 2020 haritu kami dah terima kunci rumah. Yay! setelah delayed selama 4 bulan ye. Sobss! Penat tunggu. Dah bernanah jugak lah telinga husband aku, bini dia asyik berzikir “abang, cuba tanya Ken bila dapat kunci rumah”, “abang bila kita nak dapat kunci”.. abang itu abang ini. Haha.

First thing first bila dapat kunci harus lah blur dulu kan. Kami jadi bingung mana satu nak buat eh, sebab semua benda aku fikir, sampai tak lena malam lahh adoi lahh. Gitu sekali eh bila dapat kunci rumah. Eh! Ke aku je? Haha tengok husband tido malam lena jaa.. lelaki mana nak fikir.. dia serah bulat bulattt dekat bini diaa.. 

Okay lah macam biasa once dapat kunci rumah kami pergi check defect.. renyah jugak kerja dia. Rasa macam semua tak kena dekat mata, semua nak repair. Tapi Alhamdulillah rumah aku tak banyak sangat defect besar besarrr..

Encik husband dah hantar Defect form, que kami number 4.
Pastu aku try lah update balik checklist yang aku buat sebelum ni.. Nervous! Macam tak percaya aku dah ada rumah. Haha. Dah deal dah dengan supplier kontraktor semua. Mostly dorang boleh start a week after raya cina. Repair defect rumah, kitchen cabinet, grill rumah, renovation, wiring.

So kami pasang tinted dulu lah sebab uncle cina tu willing nak pasang awal, kagum kejap dengan uncle ni kejap nya cuti raya cina kan. Gigih! So far aku dah tanya 3 kontraktor lah untuk pasang tinted ni.

Uncle Ben ni bagi paling MURAH, RM900 sebab kami ada tolak 1 tingkap, kalau tak harga asal RM1,000.. dan dia dah pasang banyak rumah dekat taman kami.. Lagi dua company quoted RM 1,400 dan RM1,200. Kualiti sama harga berbeza, transport charges kot. Identiti company biarlah rahsia.

Kami dengan sepakat nya pilih color SILVER/GREY (3 ply reflective)
*Made in USA & Warranty 5 years

Solar Properties
Visible Light Transmittance - 10%
Ultraviolet Rejected - 95%
Infrared Rejected - 84%
Total Solar Energy Rejected - 84.5%

Physical Properties 
Thickness w/src - 38 u (1.52 mil)
Hardness - 3H


Kalau nak tau info pasal tinted, boleh rujuk link here. Ada mention semua pasal VLT, UV rejected semua. Dia ada cerita pasal tips dan apa benda yang perlu tentang tinted rumah.

27 Januari 2020, tepat pukul 10 pagi seperti janji nya, uncle dah terpacak depan rumah. Aku suka uncle ni sebab dorang ni kalau deal dgn client memang betul2, semangat! macam sesetengah  orang tu (tak perlu sebutlah. paham2 sendiri) selalu lah berlengah. Minta quotation pun lambat, layan client pun macam acuh tak acuh.. 😣 

Contoh-contoh color tinted yang korang boleh pilih.. 

Silver/Grey - RIGHT 

Silver/Grey - LEFT

Kalau tengok color grey tu dekat luar yang silver dekat dalam. 
Uncle Ben cakap kalau siang orang luar takkan nampak dalam tapi kita boleh nampak dorang, kalau malam pula orang luar boleh nampak kita tapi bila kita hidup kan lampu porch.. dorang pulak takkan nampak. Principle dia area mana yang paling terang dia takkan nampak area yang gelap tu. Lagipun malam dah tutup langsir dah. 
No problem lah kan.. 😊

So for now, ada satu benda yang korang kena tahu pasal satu benda ni..
Meter test kegunaan dia adalah untuk mengukur tahap Heat Rejection (kadar tahan panas) film tinted. Nanti benda ni akan show berapa % jumlah sebenar Heat Rejection. Kalau heat rejection >80% dah kira okay sejuk rumah korang nanti. So korang boleh lah tido dengan lena tanpa ragu bahawa tinted korang memang original dan diyakini punya. Jangan mudah terpedaya dengan harga murah. Baik check betul2 agar tak kena tipu. kan kannn. 



Pandangan dari dalam lepas pasang tinted. Sejuk sikit. 

Pandangan dari luar. Gelap tak nampak apa.. 

To be honest. Aku recommend sangat lah kalau korang pasang tinted dekat rumah. Beza gila... Bila kau guna aircond, sekejap je sejuk.. Yelah kan kalau panas sangat kat luar, banyak energy nak guna untuk sejukkan ruang rumah tu.
At the end, hujung bulan garu kepala bil elektrik melambung tinggi. 

Yepp lagi satu. Kalau nak buat tinted aku sarankan better buat before pasang grill. Mostly kontraktor tak nak layan kalau kau dah pasang sesiap grill sebab SUSAH.. yee susah okay.. Kalau ada orang sanggup buat pun mesti akan jadi mahal gila. 
Conclusion nya, before masuk rumah.. Sila lah buat awal awal.. 
Sekian.. 

Thanks for reading my Blog. Xoxo :)

New update: Aku tepek sini nombor uncle ni ya. 😊

Sunday, January 5, 2020

Pengalaman Best Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum everyone..
Lama sangat tak update blog kan. hehee..
Kalini nak cerita sikit tentang pengalaman kitorang pergi Farm in the City (FITC) yang bertempat di Seri Kembangan, Selangor.

Kalau nak tahu FITC ni dah diiktiraf oleh Malaysian Book of Record sebagai petting zoo yang pertama memiliki species haiwan ternakan paling banyak di Malaysia. Suasana bila masuk je sini sangat lah best, sebab macam ala-ala masuk kampung gitu.. 

Kitorang pergi hari sabtu 21 disember 2019. pergi sana tak la awal sangat, lebih kurang pukul 11 pagi camtu dah terpacak depan entrance. 😍

Oleh kerana time ni still lagi cuti sekolah memang ramai orang.. Kalau nak pergi plan lah datang awal sebab parking sangat limited. Tapi boleh je parking sepanjang jalan menuju ke entrance atau dekat building sebelah. Pacik yang jual aiskrim depan simpang tu kata okay je park situ, takda nya kena saman.. Pakcik tu yang kata okay. haha!

Okay berikut adalah bayaran masuk ke FITC ye.

Entrance fee;
Mykad Dewasa - RM 39
Mykad Kanak-Kanak - RM 32
Mykad Orang Tua - RM 32

Normal Dewasa - RM 58
Normal Kanak-Kanak - RM 48
Normal Orang Tua - RM 48

Haritu kitorang pergi beli dekat Wonderfly Asia, boleh klik SINI.. dapat lah diskaun sikit RM 37 untuk Mummy and Babah. Alysha sebab tak cukup tinggi lagi so FOC hehee
*FREE admission untuk kanak-kanak bawah 11 tahun dan tinggi < 90cm.
Okay dah settle part tiket.

Apalagi..Jom masuk tengok. aku tepek gambar je ye.. enjoy!
Burung merpati yang sangat jinak..

Mummy feeling2 tenang bagi makan burung walhal takut dengan yang besar tu..

Alysha excited sangat. Asyik-asyik minta Mummy belikan millet nak bagi makan sendiri.. 


Bagi makan deer dan sheep.. Awal2 penjaga dia da inform untuk angkat bekas makanan tinggi2 tau.. sebab dorang ni pandaiiii dah kenal dah bekas makanan tu.. Sangat jinak dan tak takut orang..

At the same time, Alysha cuak sebab dorang ni telampau peramah.. 

When Alysha is getting excited! 

Ni Alpaka, sejenis binatang dari South America.. Sekilas pandang memang macam sheep, tapi bukann ye.. yang paling diva dekat sini. makan bersuap, duduk pun aircond. bukan biashe2 hahaa!

Mummy yang terover excited


Asal muka Mummy serupa gituu..


Alysha macam eh nak pegang ke taknak.. Dia takut tapi curious nak rasa texture kulit dia macam mana..

Pyhton atau Ular sawa Maaf lah sis tak berupaya nak rotate gambar ni. 



Muka Alysha cuak dengan burung tu.. 


Hati-hati dengan jarum peniti atau brooch anda, sebab beliau sangat suka kan yang liplap2 bling2.. kang tetelan pulak dia.. 


Pandang apa bosskuu.. garang naww


Ni landak ye.. rupanya begitu rupanya


Falabella horse.. Hahaha! ni Mummy tegelak sebab rambut macam Alysha. Ikat toncet. 


Pony ride ada jugak.. RM7 dia bawak pusing2 situ je. Tapi rasanya bawah 30kg je boleh naik. 




Bila mana suruh Photographer nepal tu ambil gambar. Tak centre. hahaa jadilah dari takda kan.

FITC entrance. Successfully tawaf 2x. Siap ada sijil tapi lupa nak gambar.

Actually dekat depan ni ada Kampung game tau. Ada lebih kurang 10 game kena main then dapatkan chop stamp. Pastu boleh redeem hadiah based on points yang kita dapat.
Sekali main RM10/round

Animal Feeding 
jangan risau diorang ada sediakan machine dekat semua tempat. Guna token ya
Satu token - RM1
Murah je setiap white box tu harga RM2 @ 2 token
Lobak, grass - RM10/container


My honest review
  • Berbaloi baloi, ada banyak station yang korang boleh pergi.. 2-3 jam jugak lah nak tawaf sekali. List of stations boleh rujuk SINI
  • Tempat tiptop, bersih, instruction senang nak paham, safety pun okay sangat TAPI jangan biar anak sorang2 okay. we don't know when things happen kan..
  • Tempat makan ada je dekat sana tapi macam biasa quite pricey, untuk anak boleh lah bawak makanan siap2 dari rumah kalau nak jimat or sebelum datang tu isi perut sesiap, supaya tak cranky kan. 
  • Toilet surau semua ada dan sangat bersih, setiap pitstop pihak FITC ada sediakan tempat basuh tangan. So bila dah pegang macam2 tu sila2 lah basuh ye. Jangan lupa bawah Sanitizer. 
  • Kena hati-hati lah sebab dekat sangat dengan MRT construction.
  • Staff yang sangat friendly dan yang penting rajin! time haiwan2 tu melepaskan hajat sesuka hati, kejap je dorang bersihkan ketulan2 najis tu. Good job!

So far, BEST sangat! Alysha excited gila sebab dapat kenal and tengok in real life binatang2 yang dia selalu tengok dalam buku  (dalam masa yang sama takut haha..) Actually ada je haiwan lain tapi tak dan ambil gambar. nanti tengok je dekat website Farm In The City 
Nice half day trip! That's all guys 


For more informations
Address
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Operating hours
weekdays: 10:00am-6:00pm
weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.

Customer Service
+603-89412099



Thanks for reading my blog! xoxo 😍

Tuesday, September 10, 2019

Persediaan Nak Masuk Rumah Baru :)

Assalamualaikum semua...

Kali ni aku share sikit checklist dan bajet yang kitorang prepare sebelum nak masuk rumah baru ni. Expected kitorang dapat kunci by this month.(Insha Allah aku harap sangatlah tak delay 😭)..
Sebab nya aku dah plan baik punya nak pindah masuk time cuti sekolah nanti, iaitu hujung bulan 11 atau paling lewat pun bulan 12.

Lepas dapat kunci confirm take time jugak kan nak check itu ini segala defects and then tunggu que nak repair then renovation here and there...So by the time bulan 11 atau 12 nanti, suamiku Encik Cikgu ada lah masa yang banyak untuk bantu mengemas rumah dan deko deko teratak baru kami itu.

Entri kali ni simple simpleee aja. Takda lah cerita menarik pun untuk aku ceritakan.
Tapi bagi mereka yang nak masuk rumah baru, aku harap sangat ni dapat bantu korang.

Aku pun sejak dua menjak nak masuk rumah baru ni, memang memanjang baca blog cerita dan pengalaman diorg yang masuk rumah baru.
Best! sangat sangat membantu guys. I told youuu.. 😍
Okay ni checklist kitorang.. ⬇️⬇️

Dah nama checklist kan, so confirm tak settle lagi. hehee.Yang dah settle kat situ untuk deposit air dan elektrik je. Encik Husband yang bayarkan Mac lepas.
Berapa amount deposit air dan elektrik?
RM 642.10

Ini baru sikit. Tunggu sat lagi..Banyak benda kena bayar tuan puan sekalian.
hahahaa.. kita langgar je.
First thing yang kena buat lepas dapat kunci ialah check defect rumah. Lagi cepat tuan puan check defect lagi cepat lah turn nak repair.


1. RENOVATE DAPUR
Before 
After

Saiz bakal rumah kami yang sedia ada.. Nampak tak betapa kecil nya dapur tu.Hehe..
Macam aunty aku kata lah, ni kalau aku sorang je masuk dah tak muat dah. hahaa
So kitorang akan pecah satu bilik untuk luas kan bahagian dapur. New layout selepas renovation.Dapur ku yang baru.Tak sabar. Excited!

Aku dah terbayang bayang dah letak Island Kitchen tengah tu.
Siap dengan lampu pendant..Sambil tengah baking cake.
*Deko kena gah, tapi kena lah seiring dengan duit Encik Husband iye. Berangan tu free kan. heheee


2. GRILL
Antara contoh-contoh corak grill yang selalu orang guna pakai.. pilih lah mana yang berkenan di hati. Banyak je contoh lain, ada yang ala-ala industri (cantik gila!), boleh ambil inspirasi dari pinterest. kena rajin je okayh!


Ni contoh contoh dari kontraktor yang kitorang tanya. Aku simple je, nak yang garis lurus. Tanak bunga bunga. Jenuh jugak nak bersihkan nanti.

Tapi aku dah request untuk tebal kan saiz batang besi tu bagi satu inci.
Space antara besi besi tu pulak aku suruh rapatkan sikit.. Lagi secure kot.


3. KABINET DAPUR
Konon nak buat U shape.
Tapi nampak tak dekat layout rumah tu. Pintu dapur dekat mana? and then tetiba pulak ada tingkap dekat tengah tengah.

So plan B......
Aku buat I shape je.
Tapi tengah ada Island Kitchen ye (muka bahagia ❤). Aku dah survey quotation. Kira ramai jugak kontraktor yang aku request quotation.
  • Intech Kitchen
  • Dream Classic Furniture
  • Alloy Kitchen
  • Ba Li Kitchen
Ba Li Kitchen aku tak dapat harga lagi. Sebab orang dia suruh gi Shah Alam untuk buat calculation sambil usha showroom dia. So far, aku berkenan sangat dengan Intech Kitchen. Tengok review orang pun sangat cemerlang ye. Nanti nak visit showroom dia.
Itu kita cerita lain entri ya.

Lakaran kasar atas ni adalah dari Intech Kitchen to be exact RM 10,738.00
Mahal ke idok? Masih mencari mana yang terbaik dan mur murahh.. hehee.


4. PLASTER SILING
Kitorang plan buat dekat Living hall and Dining hall je. Jimat.
Aku ada request quotation dari MKK Empire. Sebab diorang ada promo RM 2,800 + basic wiring (untuk macam-macam design). Except for PVC ye. Boleh rujuk link ni. Not sure if the promo still valid or not.

Just contact and confirm with them.

And here are their review.


5. LAMPU & KIPAS
Haritu kitorang usha lampu kipas dekat House of Lighting, Puchong.
Alahai rambang mata tengok. (aku cerita lain entri untuk dia je okay oleh keran banyak benda bebel pasal dia)..Tapi aku memang boleh cakap, dekat sana MURAH gilaaaa.. kalau compare dekat harga kedai sebelah pon beza yang amat.

So we come out dengan list berbekal kan idea dari first visit (yeee. memang akan ada 2nd, 3rd and so on visit) hihiii..Dekat mana area yang terlibat?
Boleh rujuk checklist dekat atas ye. Ada price sekali. Tu memang harga HOL. Update 2019.

Upah wiring and installation lampu kipas ni kena hire orang lain tau. Sebab pihak HOL takda sediakan service installation..Part ni, aku minta tolong uncle aku. Harga baik punya. RM 20/point. ngeee~


Yang pakai sunglasses tu lah uncle aku (Mr. Rian). Nanti kalau jumpa jangan lupa mention nama aku sekali ye. hehe. Kedai beliau dekat area Batang Kali... Bawah link ye. Cover semua area.


6. CURTAIN AND RAILING
MashaAllah cantik kan. This is so me.. banyak pilihan yang ada, antara yang aku sempat survey.
  • Ikea 
  • MK Curtain, Nilai
  • Nagoya Textile
  • Beli kain sendiri pastu upah jahit kawan mak aku
Belum decide lagi. Tapi color memang nak ala-ala macam ni..lawa sangat..


7. HOUSE TINTED
Yang ni aku rasa memang kena ada. Tapi ikut keperluan dan bajet masing masing..Bagi aku better pilih tinted yang mahal terus dan berkualiti. Warranty 5 tahun ke atas and made from US.

If not, baru pakai setahun dua dah mengelembung..Jangan jangan sayang.


So, kalau tak cukup bajet tu. Hold dulu. Simpan sampai cukup untuk cover tinted yang berkualiti.
Jangan fikir nak murah je..Tapi lagi sekali ikut pendapat masing masing.


8. HOB AND HOOD
Pilihan di hati adalah Rubine, Electrolux atau Elba.(pilihan ikut bajet hehe..)
Electrolux macam kurang sikit sebab kawan aku pakai tak tahan..Elba, aunt aku guna filter problem and bendalah nak petik gas tu rosak..Rubine so far tak jumpa lagi negative comment.

Oh yaa! pemilihan untuk hob and hood pun kena ambil kira ye.
Based on recommendations from other. yang ni kena ambil kira..
  • Power suction (1000m³/h and above)
  • Filter system (Mesh filter or Pyramid filter)
  • Low Noise level (ni paling penting. Lagi2 open kitchen, dengar sampai ke ruang tamu bila pasang hood)
  • Easy to maintain
  • Warranty?

Rubine antara brand yang famous. Handsome kan. 


Okay lah sekian sampai situ saja celoteh aku dekat entri ni.. Nanti ada tambahan info lain aku update sini. Anything you wanna ask, just drop the comment below.

Thanks for reading my blog. Xoxo

NEW POST

Nak jadi CIA guna Biasiswa Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ... Mesti ramai yang tak pernah dengar kan pasal badan organisasi ni... Yes! aku pun first time denga...