Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ...
Mesti ramai yang tak pernah dengar kan pasal badan organisasi ni... Yes! aku pun first time dengar, ni dapat tahu dari kawan aku yang senior dia tengah ikut program ni... then aku decided untuk find out sebab benda best kan, lagi lagii bab sponsorship ni.. hehee..Rupanya....
Yayasan Peneraju ni adalah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) yang menawarkan biasiswa akademik bagi meningkatkan kemahiran golongan-golongan bumiputera kat malaysia ni. Now, this part very interesting sebab ada banyak program yang mereka taja ye dalam bidang professional, teknikal, skill, dan banyak lagii yanggg harga kursus mencecah ribu riban tauu bukan murah2 punya..
Contoh lah kan, kalau kau nak ambil sijil Safety & Health Officer (SHO), kan famous giler tu, bahagian akaun kau nak jadi ACCA, MICPA, nak jadi CIA, Shariah Advisor etc. Ya Allah kat sini lah dia, korang boleh try apply sini... Aku rasa sangat bersyukur dapat tau pasal program biasiswa ni.. kenapa lahh aku tak tau dari awal. tapi better late than never kann hehe..
Lepas godek godek kriteria yang diperlukan, aku decided untuk apply for 😊 CERTIFIED INTERNAL AUDITOR (CIA) di mana institusi pengajiannya adalah The Institute of Internal Auditor Malaysia (IIAM)
23 March 2022, aku apply untuk program ni. Once dah hantar, pihak Peneraju akan reply iaitu "Notification of Application Submission". maksudnya dia dah terima lah kan application kita tu. good!
31 March 2022, dapat reply dari mereka. Alhamdulillah terpilih untuk next stage dan mereka request dokumen untuk sahkan maklumat kita hantar sebelum ni. Semua dokumen yang diminta WAJIB disahkan dengan "salinan disahkan benar".
Aku suka gila dengan management Peneraju ni, sebab everytime aku hantar apa apa akan ada notification dah diterima. takde lah tertanya tanya kan dah sampai ke belom. 👍
08 April 2022, email seterusnya dari Peneraju.
Alhamdulillah... Yes, ada online assessment ya. Gigih lah aku baca everything pasal Internal Auditor. Satu website yang sangat membantu adalah website IIAM tu sendiri, cari lah info info kat dalam tu, banyak boleh baca. Aku masuk zoom lebih kurang 15 minit awal. Lama jugak nak tunggu approve sampai aku email pihak Peneraju sebab takut lambat masuk.. Bila dah masuk wow! ramai candidates rupanya, lebih kurang 120+ orang.... nervous nyaaaaaa...
Amazingly, sepanjang sesi santai santai je sebab mungkin ada sesi briefing, ice breaking.. kat situ lah kau tengok MashaAllah candidates nya kemain power semua ye, dari company besar... Terasa begitu kecil diriku.
and the online assessment. it went well..
27 April 2022, yang ditunggu tungu telah pun tiba. Alhamdulillah aku dapat untuk ke stage seterusnya iaitu online interview...
Semasa sesi interview dihadiri oleh dua orang (wakil Peneraju dan Certified Internal Auditor), mostly soalan yang ditanya mengenai diri dan family, kerja apa sekarang? kenapa apply untuk jadi Internal Auditor? passing marks untuk CIA? kenapa pilih awak? dan banyak lagi aku tak dapat nak recall... Sesi interview yang santai dan bersahaja.. tup tupp eh dah 40 minit..
A few weeks later.................................
Tetiba aku dilanda kerisauan.. baru teringat pernah attend interview Yayasan Peneraju.. hahaa.. dah lebih tempoh sebulan ni dari tarikh interview ni.. awal tu aku dah tanya semasa interview, expected bila result interview akan keluar? dan katanya bulan Jun...tapi sampai sekarang masih takda khabar berita lagi..
Maka, aku mengambil langkah proaktif seterusnya..
13 Jun 2022 aku email pihak Peneraju untuk follow-up.... dan sampai sekarang masih menanti feedback... kita tunggu jawapan nyaaa...
It's okay sabar itu separuh daripada iman. #thinkpositive 💪
Panjang pulak entry kalini kan... Nanti aku update kalau dah dapat result interview okay.. Doakan aku!
Thanks for reading my blog. xoxo 💗
No comments:
Post a Comment