Assalamualaikum everyone..
Lama sangat tak update blog kan. hehee..
Kalini nak cerita sikit tentang pengalaman kitorang pergi Farm in the City (FITC) yang bertempat di Seri Kembangan, Selangor.
Kalau nak tahu FITC ni dah diiktiraf oleh Malaysian Book of Record sebagai petting zoo yang pertama memiliki species haiwan ternakan paling banyak di Malaysia. Suasana bila masuk je sini sangat lah best, sebab macam ala-ala masuk kampung gitu..
Kitorang pergi hari sabtu 21 disember 2019. pergi sana tak la awal sangat, lebih kurang pukul 11 pagi camtu dah terpacak depan entrance. 😍
Oleh kerana time ni still lagi cuti sekolah memang ramai orang.. Kalau nak pergi plan lah datang awal sebab parking sangat limited. Tapi boleh je parking sepanjang jalan menuju ke entrance atau dekat building sebelah. Pacik yang jual aiskrim depan simpang tu kata okay je park situ, takda nya kena saman.. Pakcik tu yang kata okay. haha!
Okay berikut adalah bayaran masuk ke FITC ye.
Entrance fee;
Mykad Dewasa - RM 39Mykad Kanak-Kanak - RM 32
Mykad Orang Tua - RM 32
Normal Dewasa - RM 58
Normal Kanak-Kanak - RM 48
Normal Orang Tua - RM 48
Haritu kitorang pergi beli dekat Wonderfly Asia, boleh klik SINI.. dapat lah diskaun sikit RM 37 untuk Mummy and Babah. Alysha sebab tak cukup tinggi lagi so FOC hehee
*FREE admission untuk kanak-kanak bawah 11 tahun dan tinggi < 90cm.
Okay dah settle part tiket.
Apalagi..Jom masuk tengok. aku tepek gambar je ye.. enjoy!
Burung merpati yang sangat jinak..
Mummy feeling2 tenang bagi makan burung walhal takut dengan yang besar tu..
Alysha excited sangat. Asyik-asyik minta Mummy belikan millet nak bagi makan sendiri..
Bagi makan deer dan sheep.. Awal2 penjaga dia da inform untuk angkat bekas makanan tinggi2 tau.. sebab dorang ni pandaiiii dah kenal dah bekas makanan tu.. Sangat jinak dan tak takut orang..
At the same time, Alysha cuak sebab dorang ni telampau peramah..
When Alysha is getting excited!
Ni Alpaka, sejenis binatang dari South America.. Sekilas pandang memang macam sheep, tapi bukann ye.. yang paling diva dekat sini. makan bersuap, duduk pun aircond. bukan biashe2 hahaa!
Mummy yang terover excited
Asal muka Mummy serupa gituu..
Alysha macam eh nak pegang ke taknak.. Dia takut tapi curious nak rasa texture kulit dia macam mana..
Muka Alysha cuak dengan burung tu..
Hati-hati dengan jarum peniti atau brooch anda, sebab beliau sangat suka kan yang liplap2 bling2.. kang tetelan pulak dia..
Pandang apa bosskuu.. garang naww
Ni landak ye.. rupanya begitu rupanya
Falabella horse.. Hahaha! ni Mummy tegelak sebab rambut macam Alysha. Ikat toncet.
Pony ride ada jugak.. RM7 dia bawak pusing2 situ je. Tapi rasanya bawah 30kg je boleh naik.
Bila mana suruh Photographer nepal tu ambil gambar. Tak centre. hahaa jadilah dari takda kan.
FITC entrance. Successfully tawaf 2x. Siap ada sijil tapi lupa nak gambar.
Actually dekat depan ni ada Kampung game tau. Ada lebih kurang 10 game kena main then dapatkan chop stamp. Pastu boleh redeem hadiah based on points yang kita dapat.
Sekali main RM10/round
Animal Feeding
jangan risau diorang ada sediakan machine dekat semua tempat. Guna token ya
Satu token - RM1
Murah je setiap white box tu harga RM2 @ 2 token
Lobak, grass - RM10/container
My honest review
- Berbaloi baloi, ada banyak station yang korang boleh pergi.. 2-3 jam jugak lah nak tawaf sekali. List of stations boleh rujuk SINI
- Tempat tiptop, bersih, instruction senang nak paham, safety pun okay sangat TAPI jangan biar anak sorang2 okay. we don't know when things happen kan..
- Tempat makan ada je dekat sana tapi macam biasa quite pricey, untuk anak boleh lah bawak makanan siap2 dari rumah kalau nak jimat or sebelum datang tu isi perut sesiap, supaya tak cranky kan.
- Toilet surau semua ada dan sangat bersih, setiap pitstop pihak FITC ada sediakan tempat basuh tangan. So bila dah pegang macam2 tu sila2 lah basuh ye. Jangan lupa bawah Sanitizer.
- Kena hati-hati lah sebab dekat sangat dengan MRT construction.
- Staff yang sangat friendly dan yang penting rajin! time haiwan2 tu melepaskan hajat sesuka hati, kejap je dorang bersihkan ketulan2 najis tu. Good job!
So far, BEST sangat! Alysha excited gila sebab dapat kenal and tengok in real life binatang2 yang dia selalu tengok dalam buku (dalam masa yang sama takut haha..) Actually ada je haiwan lain tapi tak dan ambil gambar. nanti tengok je dekat website Farm In The City
Nice half day trip! That's all guys
Address
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Operating hours
weekdays: 10:00am-6:00pm
weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.
Operating hours
weekdays: 10:00am-6:00pm
weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.
Customer Service
+603-89412099
Thanks for reading my blog! xoxo 😍