Assalamualaikum semua.....
Exciting news!
Alhamdulillah 10 Januari 2020 haritu kami dah terima kunci rumah. Yay! setelah delayed selama 4 bulan ye. Sobss! Penat tunggu. Dah bernanah jugak lah telinga husband aku, bini dia asyik berzikir “abang, cuba tanya Ken bila dapat kunci rumah”, “abang bila kita nak dapat kunci”.. abang itu abang ini. Haha.
First thing first bila dapat kunci harus lah blur dulu kan. Kami jadi bingung mana satu nak buat eh, sebab semua benda aku fikir, sampai tak lena malam lahh adoi lahh. Gitu sekali eh bila dapat kunci rumah. Eh! Ke aku je? Haha tengok husband tido malam lena jaa.. lelaki mana nak fikir.. dia serah bulat bulattt dekat bini diaa..
Okay lah macam biasa once dapat kunci rumah kami pergi check defect.. renyah jugak kerja dia. Rasa macam semua tak kena dekat mata, semua nak repair. Tapi Alhamdulillah rumah aku tak banyak sangat defect besar besarrr..
Encik husband dah hantar Defect form, que kami number 4.
Pastu aku try lah update balik checklist yang aku buat sebelum ni.. Nervous! Macam tak percaya aku dah ada rumah. Haha. Dah deal dah dengan supplier kontraktor semua. Mostly dorang boleh start a week after raya cina. Repair defect rumah, kitchen cabinet, grill rumah, renovation, wiring.
So kami pasang tinted dulu lah sebab uncle cina tu willing nak pasang awal, kagum kejap dengan uncle ni kejap nya cuti raya cina kan. Gigih! So far aku dah tanya 3 kontraktor lah untuk pasang tinted ni.
Uncle Ben ni bagi paling MURAH, RM900 sebab kami ada tolak 1 tingkap, kalau tak harga asal RM1,000.. dan dia dah pasang banyak rumah dekat taman kami.. Lagi dua company quoted RM 1,400 dan RM1,200. Kualiti sama harga berbeza, transport charges kot. Identiti company biarlah rahsia.
Kami dengan sepakat nya pilih color SILVER/GREY (3 ply reflective)
*Made in USA & Warranty 5 years
*Made in USA & Warranty 5 years
Solar Properties
Visible Light Transmittance - 10%
Ultraviolet Rejected - 95%
Infrared Rejected - 84%
Total Solar Energy Rejected - 84.5%
Physical Properties
Thickness w/src - 38 u (1.52 mil)
Hardness - 3H
Kalau nak tau info pasal tinted, boleh rujuk link here. Ada mention semua pasal VLT, UV rejected semua. Dia ada cerita pasal tips dan apa benda yang perlu tentang tinted rumah.
27 Januari 2020, tepat pukul 10 pagi seperti janji nya, uncle dah terpacak depan rumah. Aku suka uncle ni sebab dorang ni kalau deal dgn client memang betul2, semangat! macam sesetengah orang tu (tak perlu sebutlah. paham2 sendiri) selalu lah berlengah. Minta quotation pun lambat, layan client pun macam acuh tak acuh.. 😣
Contoh-contoh color tinted yang korang boleh pilih..
Silver/Grey - RIGHT
Silver/Grey - LEFT
Kalau tengok color grey tu dekat luar yang silver dekat dalam.
Uncle Ben cakap kalau siang orang luar takkan nampak dalam tapi kita boleh nampak dorang, kalau malam pula orang luar boleh nampak kita tapi bila kita hidup kan lampu porch.. dorang pulak takkan nampak. Principle dia area mana yang paling terang dia takkan nampak area yang gelap tu. Lagipun malam dah tutup langsir dah.
No problem lah kan.. 😊
So for now, ada satu benda yang korang kena tahu pasal satu benda ni..
Meter test kegunaan dia adalah untuk mengukur tahap Heat Rejection (kadar tahan panas) film tinted. Nanti benda ni akan show berapa % jumlah sebenar Heat Rejection. Kalau heat rejection >80% dah kira okay sejuk rumah korang nanti. So korang boleh lah tido dengan lena tanpa ragu bahawa tinted korang memang original dan diyakini punya. Jangan mudah terpedaya dengan harga murah. Baik check betul2 agar tak kena tipu. kan kannn.
Pandangan dari dalam lepas pasang tinted. Sejuk sikit.
Pandangan dari luar. Gelap tak nampak apa..
To be honest. Aku recommend sangat lah kalau korang pasang tinted dekat rumah. Beza gila... Bila kau guna aircond, sekejap je sejuk.. Yelah kan kalau panas sangat kat luar, banyak energy nak guna untuk sejukkan ruang rumah tu.
At the end, hujung bulan garu kepala bil elektrik melambung tinggi.
Yepp lagi satu. Kalau nak buat tinted aku sarankan better buat before pasang grill. Mostly kontraktor tak nak layan kalau kau dah pasang sesiap grill sebab SUSAH.. yee susah okay.. Kalau ada orang sanggup buat pun mesti akan jadi mahal gila.
Conclusion nya, before masuk rumah.. Sila lah buat awal awal..
Sekian..
Thanks for reading my Blog. Xoxo :)
New update: Aku tepek sini nombor uncle ni ya. 😊