Friday, January 15, 2021

#RSHome: Kabinet Dapur dari Intech Kitchen

Assalamualaikum.. 

Lama nya kan tak update blog. Since March 2020 sampai lah sekarang aku rasa banyak sangat benda jadi dalam tahun 2020 kan.. Yes. dengan covid-19, mco, cmco, emco, dan tukar kerja then busy untuk audit dan recently busy dengan PTD.. 

Tetiba terdetik nak buka blog yang dah lama bersarang ni. Tak sangka juga sebenarnya ada juga yang view blog aku. sebab lama tak jenguk kan, jadi ada soalan-soalan dah lama terkubur. maaf kan patik 🙏 

Kalau ada yang tengok entri aku pasal Persediaan Nak Masuk Rumah Baru.. memang aku ada mentioned pasal kitchen cabinet yang kami buat dengan Intech Kitchen. 

Tadaaaa dah siap!!! 

Simple je dan praktikal. Kitchen Cabinet bertema minimalis black and white yang berharga RM 14,466.00 😇

Boleh rujuk quotation dekat bawah ni. I know mesti dah ada yang curious pasal harga ni. So aku tepek sini untuk tatapan semua. Boleh buat rujukan in future kan..  
 

Material untuk bahagian atas (colour putih) iaitu 4G Glass manakala material untuk bahagian atas bawah pula (colour hitam) melamine, but melamine yang ada tekstur. 
Kesimpulan nya aku dan husband suka sangat! tak berat mata memandang. 

Dan mohon abaikan ruang untuk microwave di bahagian tall cabinet.. Belum sampai seru lagi sebab rasa macam kurang perlu dan belum cukup fulus nak beli built in microwave yang mahal nyaaaaaaa ya ampun 😄.. Exhaust fan sebelah tall cabinet hmmmm memang tak dapat nak buat apa dah kan. Beam dapur rendah sangat. Maka di situ lah ia. 

Okay dekat bawah ni aku nak kongsi kan few gambar yang aku ambil semasa installation process. 





Amacam?? Okay lah kan..
So far after few months guna, Aku rasa sangat okay dan mencukupi untuk keluarga kecil kami walaupun tak cukup besar.. yang berangan nya kalau dapat dapur macam kak Yatie sendayu tinggi. haha 😍
Tapi yang ni pun syukur Alhamdulillah...

Okay lah sampai sini saja entri kali ni.. Sampai jumpa lagi! 
Stay safe and stay healthy everyone. Together we can stamp the spread of covid-19. 👋

NEW POST

Nak jadi CIA guna Biasiswa Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ... Mesti ramai yang tak pernah dengar kan pasal badan organisasi ni... Yes! aku pun first time denga...