Wednesday, June 19, 2019

Kali kedua ke Melbourne, Australia First day : Here we go!

Assalamualaikum...

Okay kali ini aku nak cerita sikit pasal trip before raya haritu ke Melbourne, Australia. Aku dan officemate, berempat dihantar untuk attend satu conference trip under company aku kerja sekarang (nama di rahsiakan sebab tak penting pun kan). ISCT nama diberi ye stands for International Society for Cell Therapy khusus untuk papa doktor, researcher, scientist dan staff-staff cikai macam sis ni. Hehe kidding! Okay aku tak nak cerita pasal tu lagi, pasal ISCT tu aku cerita lain entri boleh ya 😁.. 

So alkisah plan nya kami akan fly dari KLIA2 ke Avalon airport (Last year pergi aku turun dekat Tulmarine airport. musykil jugak ada specific reason ke turun dekat Avalon 🧐). Kami pergi tu untuk 8 hari 7 malam, ralat sikit sebab sebabnya kena tinggal encik shuben dengan babygirl mummy, happy sebab tak sabar nak makan kebab dekat area Flinder Street Station. Haha. Nasib lah babah cuti sekolah dapat tengok kan Alysha πŸ€—. Thank you abang sedia ada untuk mummy.

Flight malam ke Melbourne pada 27 Mei 2019 jam 10.20 malam.. Seawal awal jam 7 petang lagi aku dan officemate dah menapak dekat KLIA2, siap check in semua baru buka puasa dekat KFC. Fuhhh lega.

Dalam flight, apa lagi tidur lahh zzzz... 

Kitorang sampai dekat Avalon airport jam 8.30 pagi (MY time 6.30 pagi). Dekat Malaysia, officemate dah book awal-awal teksi, harga iaitu $110 (one way) ke airbnb kitorand dekat area Melbourne city. Oh ya! ada satu cerita bila mana kitorang kena interview oleh imigresen Australia sebab nya, kitorang insan terpilihπŸ˜…. End up uncle teksi yang kitorang dah book awal itu membebel dengan penuh geramnya sebab dia tunggu lama dekat luar airport (salah kitorang ke?). Okay time ni kitorang memang tak dapat nak beli cari simcard Telstra dekat vending machine yang satu satunya ada di Avalon airport sebab problem, tak nak bagi kerjasama. Hampeh! and thanks God airport wifi ada. Maka beliau dijumpai. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OfbXIJUQjq35Nw_PJ2QulYCcNF6WLVzB

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OH1-pD5nkjHAF1_VwU_fpNL6wmYjGl-i
Terima lah gambar yang tidak bermotif itu. Saja nak bagi tengok betapa windy nya time tu. Suhu time ni lebih kurang 12 degree kot

Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam juga la.. Taraaaa sampai pun! Airbnb kitorang di 105, Clarendon Street, Victoria. Nama building ni Shadow Played by Residences cenggituuu ye. Tingkat 40 you, jangan main main.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mNwu2eB-BykIIFDic5Hgstwb8zvuuydU
Ruang tamu yang berkonsepkan minimalis. Aku suka.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1d24kvgudZPQOiJAetVAbIhVNASY0mmC-
Bilik tidur. Aku dah pasang angan angan dah nak buat bilik tidur style camni. Tapi bila fikir dekat Malaysia. Ehmm tak apalah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-9OzLaopzsKMppmuad0RJwSYOYvOEKBN
Bilik mandi kami yang cute itu walaupun pintu tak boleh lock (dengan pintu kaca full transparent itu..πŸ’†πŸ»‍♀️sis halalkan)..

Macam panjang sangat pulak entri ni.. 
Ok sambung.. 

Rehat lebih kurang sejam solat makan.. Kitorang naik uber ke Queen Victoria Market.. Tak jauh pun dari rumah kitorang, 2 km kot, price pulak lebih kurang $10-12 je. Sila jangan convert ok. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Wf7Yin8Tlh3s1tbmezu5Tv801RFtArH2

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1199CpsNABMLxL513g3fwqoQfTryG5x3g
MashaAllah murah sangat ni.. Gebu pulak tu.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19cVKbbjZGOJVzWugKQXj3N6da1KnWwjv
Ini lah officematess sis yang bergaya itu.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1E4EVIYVPVlAOSVy1glQM50Lv5LyHt8_o
Ini shiapaa? Muka bila happy berbelanja πŸ’Έ
Total loss ada dalam beg tuh beratus hokay πŸ˜–. 
(nangis bucu katil)
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1J19vRdrxlg1UUrlfjpO2SsyJBjTBx3Jc
Haha. Terjumpa cousin dekat QVM tengah shopping. Dia macam biasa travel lah 😎 macam di gading ya.. 


Kitorang belegar dalam market tu lebih kurang sejam lebih jugak kot, dan2 sebab nak tutup dah. Btw Queen Victoria Market ni tutup jam 2 petang setiap hari, plan la bebetul kalau nak datang sini.. Memang berbaloi baloi wajib singgah. Souvenier dekat sini lagi murah sangat sangat dari dekat luar, kedai di sepanjang Melbourne street (last year tak dapat pergi dah tutup, end up kitorang beli keychain dekat luar harga $10 untuk satu set (6 unit/set) whilst di QVM boleh dapat $10 boleh dapat 3 sets hokayy). Murah ke idok. I told you. 

Zon masa dekat Australia ni pulak. Mereka awal 2 jam dari Malaysia (contoh if AUS time pukul 5 petang, MY time still 3 petang), then dekat sini puasa 10 jam je. Subuh around 6 am, maghrib around 5 pm. So rasa takrasa je puasa tu. Memang best gila. 

Eh! Patah balik cerita QVM (πŸ˜…). Lepas dari market kitorang jalan kaki pusing pusing konon nak cari library yang viral tu, State Library Victoria. Bila tengok dekat IG lawa sangat. Library ni dok tengah2 bandar antara Russel street dan Elizabeth street. Kalau tak jumpa Google maps kan aja. Senang. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yeGHiwdLjLvWX3pIN9LI9BTJpv8kmiIm
Sumpah kreatif gila design. Lawa kan. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1L9XDhfHvudqc6w9J_fTaBPiw8KOkr8LG
Ni another side of the library.


Lepas nih aku nak cerita pulak kitorang berpeleseran di Mebourne city ke library, iftar di melbourne central. Memang kitorang pulun nak jalan sebab esok dah start conference, plan pun memang baik punya datang awal sehari 😎.

Okay stop sini dulu.. Tunggu part II. Stay tuned guys! 








Tuesday, June 18, 2019

Hello & Welcome To My Blog !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua....

Yes! for the first time in my life. I’m doing something out of my comfort zone (ecewahh giteww) iaitu MENULIS BLOG πŸ’ƒ... 
Actually aku nervous sebenarnya nak start blogging nih. 

Dari dulu lagi dah pasang niat nak start blog (boleh tengok bila aku start register blog ni, 2011 sekian), tapi bakat menulis sis memang kelaut sikit. 
Kalau ada ayat2 yang kurang paham kurang senang maaf kan si rakyat marhaen ini. πŸ€“


Jadi ku gigihkan jua ya untuk start menulis walaupun tangan teketar-ketar ni. 
Idea yang nak di tulis awal-awal pun dah hilang blank bila start type keyboard laptop ni ha (apani.. apani..πŸ˜“).. 
tadi bukan main nak tulis itu ini.. Idea mencurah curah, wap!..biasheeeeee itu.. 

Aku memang tak expect pun netizen baca blog aku ni 
(kalau boleh aku nak private je blog ni dari tontonan umum, sat lagi aku kena godek features dalam ni supaya takda lah orang tau yang aku ni baru budak amatur baru berjinak-jinak dengan blog.. 
kah! 


Okay berbalik kepada REASON utama, 
aku just nak make sure apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni, aku pahat kan dalam satu diari digital yang bila mana aku dah tua nanti aku boleh baca balik dan boleh access anywhere, anytime, dan seterusnya ingat kembali kenangan duluu... 

Oleh kerana banyak sangat asam garam, kenangan bittersweet yang berlaku dalam hidup aku dulu.. aku tak dapat nak remember balik (mungkin kah sign of AGING)..

YES I am nearly 30th next year 😭, 
sis redha ye... 

So to overcome this problem, I will start to write everything yang jadi dalam hidup aku. 
Nanti mana kenangan2 menarik yang aku ingat, aku tepek balik dekat sini. Kalau ada gambar, ada lah.. Kalau yang takda tu dengar lah bebelan ku..

Okay la sampai situ aja lah .. Till next time!
(sis curi masa jap create blog time tengah buat SOP nak company audit.. Apooo) ✌

Hello there! salam perkenalan.. 
(sumber ehsan Mr. Google) 

Next entry bila free sis cerita pulak pasal trip ni 😁 


Thanks for reading. Xoxo πŸ˜ƒ

NEW POST

Nak jadi CIA guna Biasiswa Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ... Mesti ramai yang tak pernah dengar kan pasal badan organisasi ni... Yes! aku pun first time denga...