Okay kali ini aku nak cerita sikit pasal trip before raya haritu ke Melbourne, Australia. Aku dan officemate, berempat dihantar untuk attend satu conference trip under company aku kerja sekarang (nama di rahsiakan sebab tak penting pun kan). ISCT nama diberi ye stands for International Society for Cell Therapy khusus untuk papa doktor, researcher, scientist dan staff-staff cikai macam sis ni. Hehe kidding! Okay aku tak nak cerita pasal tu lagi, pasal ISCT tu aku cerita lain entri boleh ya π..
So alkisah plan nya kami akan fly dari KLIA2 ke Avalon airport (Last year pergi aku turun dekat Tulmarine airport. musykil jugak ada specific reason ke turun dekat Avalon π§). Kami pergi tu untuk 8 hari 7 malam, ralat sikit sebab sebabnya kena tinggal encik shuben dengan babygirl mummy, happy sebab tak sabar nak makan kebab dekat area Flinder Street Station. Haha. Nasib lah babah cuti sekolah dapat tengok kan Alysha π€. Thank you abang sedia ada untuk mummy.
Flight malam ke Melbourne pada 27 Mei 2019 jam 10.20 malam.. Seawal awal jam 7 petang lagi aku dan officemate dah menapak dekat KLIA2, siap check in semua baru buka puasa dekat KFC. Fuhhh lega.
Dalam flight, apa lagi tidur lahh zzzz...
Kitorang sampai dekat Avalon airport jam 8.30 pagi (MY time 6.30 pagi). Dekat Malaysia, officemate dah book awal-awal teksi, harga iaitu $110 (one way) ke airbnb kitorand dekat area Melbourne city. Oh ya! ada satu cerita bila mana kitorang kena interview oleh imigresen Australia sebab nya, kitorang insan terpilihπ
. End up uncle teksi yang kitorang dah book awal itu membebel dengan penuh geramnya sebab dia tunggu lama dekat luar airport (salah kitorang ke?). Okay time ni kitorang memang tak dapat nak beli cari simcard Telstra dekat vending machine yang satu satunya ada di Avalon airport sebab problem, tak nak bagi kerjasama. Hampeh! and thanks God airport wifi ada. Maka beliau dijumpai.
Terima lah gambar yang tidak bermotif itu. Saja nak bagi tengok betapa windy nya time tu. Suhu time ni lebih kurang 12 degree kot
Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam juga la.. Taraaaa sampai pun! Airbnb kitorang di 105, Clarendon Street, Victoria. Nama building ni Shadow Played by Residences cenggituuu ye. Tingkat 40 you, jangan main main..
Ruang tamu yang berkonsepkan minimalis. Aku suka.
Bilik tidur. Aku dah pasang angan angan dah nak buat bilik tidur style camni. Tapi bila fikir dekat Malaysia. Ehmm tak apalah.
Bilik mandi kami yang cute itu walaupun pintu tak boleh lock (dengan pintu kaca full transparent itu..ππ»♀️sis halalkan)..
Ok sambung..
Rehat lebih kurang sejam solat makan.. Kitorang naik uber ke Queen Victoria Market.. Tak jauh pun dari rumah kitorang, 2 km kot, price pulak lebih kurang $10-12 je. Sila jangan convert ok.
MashaAllah murah sangat ni.. Gebu pulak tu..
Ini lah officematess sis yang bergaya itu..
Ini shiapaa? Muka bila happy berbelanja πΈ
Total loss ada dalam beg tuh beratus hokay π.
(nangis bucu katil)

Haha. Terjumpa cousin dekat QVM tengah shopping. Dia macam biasa travel lah π macam di gading ya..
Okay stop sini dulu.. Tunggu part II. Stay tuned guys!
Kitorang belegar dalam market tu lebih kurang sejam lebih jugak kot, dan2 sebab nak tutup dah. Btw Queen Victoria Market ni tutup jam 2 petang setiap hari, plan la bebetul kalau nak datang sini.. Memang berbaloi baloi wajib singgah. Souvenier dekat sini lagi murah sangat sangat dari dekat luar, kedai di sepanjang Melbourne street (last year tak dapat pergi dah tutup, end up kitorang beli keychain dekat luar harga $10 untuk satu set (6 unit/set) whilst di QVM boleh dapat $10 boleh dapat 3 sets hokayy). Murah ke idok. I told you.
Zon masa dekat Australia ni pulak. Mereka awal 2 jam dari Malaysia (contoh if AUS time pukul 5 petang, MY time still 3 petang), then dekat sini puasa 10 jam je. Subuh around 6 am, maghrib around 5 pm. So rasa takrasa je puasa tu. Memang best gila.
Eh! Patah balik cerita QVM (π
). Lepas dari market kitorang jalan kaki pusing pusing konon nak cari library yang viral tu, State Library Victoria. Bila tengok dekat IG lawa sangat. Library ni dok tengah2 bandar antara Russel street dan Elizabeth street. Kalau tak jumpa Google maps kan aja. Senang.
Sumpah kreatif gila design. Lawa kan.
Ni another side of the library.
Lepas nih aku nak cerita pulak kitorang berpeleseran di Mebourne city ke library, iftar di melbourne central. Memang kitorang pulun nak jalan sebab esok dah start conference, plan pun memang baik punya datang awal sehari π.
Okay stop sini dulu.. Tunggu part II. Stay tuned guys!
No comments:
Post a Comment