Assalamualaikum semua...
Kali ni aku share sikit checklist dan bajet yang kitorang prepare sebelum nak masuk rumah baru ni. Expected kitorang dapat kunci by this month.(Insha Allah aku harap sangatlah tak delay 😭)..
Sebab nya aku dah plan baik punya nak pindah masuk time cuti sekolah nanti, iaitu hujung bulan 11 atau paling lewat pun bulan 12.
Lepas dapat kunci confirm take time jugak kan nak check itu ini segala defects and then tunggu que nak repair then renovation here and there...So by the time bulan 11 atau 12 nanti, suamiku Encik Cikgu ada lah masa yang banyak untuk bantu mengemas rumah dan deko deko teratak baru kami itu.
Entri kali ni simple simpleee aja. Takda lah cerita menarik pun untuk aku ceritakan.
Tapi bagi mereka yang nak masuk rumah baru, aku harap sangat ni dapat bantu korang.
Aku pun sejak dua menjak nak masuk rumah baru ni, memang memanjang baca blog cerita dan pengalaman diorg yang masuk rumah baru.
Best! sangat sangat membantu guys. I told youuu.. 😍
Okay ni checklist kitorang.. ⬇️⬇️
Dah nama checklist kan, so confirm tak settle lagi. hehee.Yang dah settle kat situ untuk deposit air dan elektrik je. Encik Husband yang bayarkan Mac lepas.
Berapa amount deposit air dan elektrik?
RM 642.10
Ini baru sikit. Tunggu sat lagi..Banyak benda kena bayar tuan puan sekalian.
hahahaa.. kita langgar je.
First thing yang kena buat lepas dapat kunci ialah check defect rumah. Lagi cepat tuan puan check defect lagi cepat lah turn nak repair.
1. RENOVATE DAPUR
![]() |
Before |
![]() |
After |
Saiz bakal rumah kami yang sedia ada.. Nampak tak betapa kecil nya dapur tu.Hehe..
Macam aunty aku kata lah, ni kalau aku sorang je masuk dah tak muat dah. hahaa
So kitorang akan pecah satu bilik untuk luas kan bahagian dapur. New layout selepas renovation.Dapur ku yang baru.Tak sabar. Excited!
Aku dah terbayang bayang dah letak Island Kitchen tengah tu.
Siap dengan lampu pendant..Sambil tengah baking cake.
*Deko kena gah, tapi kena lah seiring dengan duit Encik Husband iye. Berangan tu free kan. heheee
2. GRILL
Antara contoh-contoh corak grill yang selalu orang guna pakai.. pilih lah mana yang berkenan di hati. Banyak je contoh lain, ada yang ala-ala industri (cantik gila!), boleh ambil inspirasi dari pinterest. kena rajin je okayh!
Ni contoh contoh dari kontraktor yang kitorang tanya. Aku simple je, nak yang garis lurus. Tanak bunga bunga. Jenuh jugak nak bersihkan nanti.
Tapi aku dah request untuk tebal kan saiz batang besi tu bagi satu inci.
Space antara besi besi tu pulak aku suruh rapatkan sikit.. Lagi secure kot.
3. KABINET DAPUR
Konon nak buat U shape.
Tapi nampak tak dekat layout rumah tu. Pintu dapur dekat mana? and then tetiba pulak ada tingkap dekat tengah tengah.
So plan B......
Aku buat I shape je.
Tapi tengah ada Island Kitchen ye (muka bahagia ❤). Aku dah survey quotation. Kira ramai jugak kontraktor yang aku request quotation.
- Intech Kitchen
- Dream Classic Furniture
- Alloy Kitchen
- Ba Li Kitchen
Ba Li Kitchen aku tak dapat harga lagi. Sebab orang dia suruh gi Shah Alam untuk buat calculation sambil usha showroom dia. So far, aku berkenan sangat dengan Intech Kitchen. Tengok review orang pun sangat cemerlang ye. Nanti nak visit showroom dia.
Itu kita cerita lain entri ya.
Lakaran kasar atas ni adalah dari Intech Kitchen to be exact RM 10,738.00
Mahal ke idok? Masih mencari mana yang terbaik dan mur murahh.. hehee.
4. PLASTER SILING
Kitorang plan buat dekat Living hall and Dining hall je. Jimat.
Aku ada request quotation dari MKK Empire. Sebab diorang ada promo RM 2,800 + basic wiring (untuk macam-macam design). Except for PVC ye. Boleh rujuk link ni. Not sure if the promo still valid or not.
Just contact and confirm with them.
And here are their review.
5. LAMPU & KIPAS
Haritu kitorang usha lampu kipas dekat House of Lighting, Puchong.
Alahai rambang mata tengok. (aku cerita lain entri untuk dia je okay oleh keran banyak benda bebel pasal dia)..Tapi aku memang boleh cakap, dekat sana MURAH gilaaaa.. kalau compare dekat harga kedai sebelah pon beza yang amat.
So we come out dengan list berbekal kan idea dari first visit (yeee. memang akan ada 2nd, 3rd and so on visit) hihiii..Dekat mana area yang terlibat?
Boleh rujuk checklist dekat atas ye. Ada price sekali. Tu memang harga HOL. Update 2019.
Upah wiring and installation lampu kipas ni kena hire orang lain tau. Sebab pihak HOL takda sediakan service installation..Part ni, aku minta tolong uncle aku. Harga baik punya. RM 20/point. ngeee~
Yang pakai sunglasses tu lah uncle aku (Mr. Rian). Nanti kalau jumpa jangan lupa mention nama aku sekali ye. hehe. Kedai beliau dekat area Batang Kali... Bawah link ye. Cover semua area.
6. CURTAIN AND RAILING
MashaAllah cantik kan. This is so me.. banyak pilihan yang ada, antara yang aku sempat survey.
- Ikea
- MK Curtain, Nilai
- Nagoya Textile
- Beli kain sendiri pastu upah jahit kawan mak aku
Belum decide lagi. Tapi color memang nak ala-ala macam ni..lawa sangat..
7. HOUSE TINTED
Yang ni aku rasa memang kena ada. Tapi ikut keperluan dan bajet masing masing..Bagi aku better pilih tinted yang mahal terus dan berkualiti. Warranty 5 tahun ke atas and made from US.
If not, baru pakai setahun dua dah mengelembung..Jangan jangan sayang.
So, kalau tak cukup bajet tu. Hold dulu. Simpan sampai cukup untuk cover tinted yang berkualiti.
Jangan fikir nak murah je..Tapi lagi sekali ikut pendapat masing masing.
8. HOB AND HOOD
Pilihan di hati adalah Rubine, Electrolux atau Elba.(pilihan ikut bajet hehe..)
Electrolux macam kurang sikit sebab kawan aku pakai tak tahan..Elba, aunt aku guna filter problem and bendalah nak petik gas tu rosak..Rubine so far tak jumpa lagi negative comment.
Oh yaa! pemilihan untuk hob and hood pun kena ambil kira ye.
Based on recommendations from other. yang ni kena ambil kira..
- Power suction (1000m³/h and above)
- Filter system (Mesh filter or Pyramid filter)
- Low Noise level (ni paling penting. Lagi2 open kitchen, dengar sampai ke ruang tamu bila pasang hood)
- Easy to maintain
- Warranty?

Rubine antara brand yang famous. Handsome kan.
Okay lah sekian sampai situ saja celoteh aku dekat entri ni.. Nanti ada tambahan info lain aku update sini. Anything you wanna ask, just drop the comment below.
Thanks for reading my blog. Xoxo
salam, berapa kos untuk besarkan dapur?
ReplyDeleteWasalam. hi,,sory late reply.. lebih kurang 7k.
Deletesaya copy your list ye. plan for naik rumah baru on May nanti
ReplyDeleteBoleh bolehh.. Alhamdulillah, selamat masuk ke rumah baru!
DeleteMinta halalkan checklist sya ambil ya... terima kasih!
ReplyDeleteBoleh! ambillah sy halal kan.. Thanks for droping by! :)
DeleteTq sis, sangat membantu saya utk buat checklist utk renovate rumah baru nnt.
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt membantu serba sedikit... Tqq!!
DeleteHi, boleh tahu tak buat grill dengan contractor mana?
ReplyDeletemintak halal ya saya ambil checklist ini. terima kasih
ReplyDeleteThanks and I have a swell present: How Much Home Renovation Cost house repair quotation
ReplyDelete